Akulah PencintaMu Ya Allah

Akulah PencintaMu Ya Allah

Sabtu, 27 Julai 2013

Menyelusuri Sejarah Hagia Sofia

Assalamualaikum pembaca setia blog notausrahrasyahumaira.blogspot.com. Alhamdulillah jejari tak pernah jemu untuk menulis sesuatu yang bermanfaat untuk kalian. Hmmm kali ini saya nak kongsi sedikit sejarah Hagia Sofia yang terletak di Istanbul Turki, mesti kalian pernah dengarkan tentang sejarah ni. 

Dari gereja menjadi masjid. Sebelum menjadi masjid, Hagia Sofia merupakan sebuah gereja umat Empayar Kristian  Timur ( Byzantine) yang dibina Constatinius iaitu Putera  pemerintah Byzantine. Gereja ini dahulunya seringkali runtuh akibat mengalami gempa bumi walaupun bangunan ini berbentuk kubah yang tahan gempa bumi namun kuasa Tuhan ianya tetap runtuh

Pada 7 Mei 558 Masihi semasa pemerintahan Justanious, kubah sebelah timur Hagia Sofia runtuh akibat gempa bumi pada tanggal 26 Oktober 968 Masihi. Pada masa pemerintahan Basil II 
(958-1025 M) sekali lagi masjid ini mengalami gempa bumi.

Ketika Konstatinopel jatuh ke tangan tentera Islam yang dipimpin oleh Sultan Muhammad II bin Murad II Turki Usmani yang terkenal dengan nama al-Fatih iaitu sang penakluk pada 27 Mei 1453 Masihi. Ketika memasuki kota itu, al Fatih turun dari kudanya dan melakukan sujud syukur kepada Allah SWT, lalu beliau pergi ke Gereja Hagia Sofia dan memerintahkan untuk mengubahnya menjadi masjid yang terkenal dengan nama Masjid Aya Sofia

Seterusnya nama Konstatinopel ditukar kepada Islam Pol bermaksud kota Islam dan berubah menjadi Istanbul. Setelah kekhilafan Turki Uthmaniyah kalah pada perang dunia pertama, pasukan sekutu menguasai Istanbul pada 1912, bangunan kuno Aya Sofia yang hampir lima abad diajadikan masjid tealah diubah menjadi muzium oleh penguasa baru iaitu Mustafa Kamal Ataturk (Bapa Republik Sekular Turki) dan memindahkan Kota Turku dari Istanbul ke Ankara. Dari gereja menjadi masjid, dari masjid menjadi muzium.

 Begitulah sejarah Hagia Sofia yang terkenal binaannya yang indah diseantero dunia. Istanbul adalah senarai tempat yang ingin saya pergi, insyaallah suatu hari nanti dengan izinNya.


Salam cinta dari rasya humaira

Seindah tinta bidadari syurga


Aku Ingin MencintaiMu

Tuhan betapa aku malu atas semua yang kau beri 
Padahal diri terlalu sering membuatmu kecewa
Entah mungkin kerna ku terleka
Sementara Engkau beri aku kesempatan
Berulangkali agar aku kembali
Dalam fitrahku sebagai manusia untuk menjadi hambaMu
Betapa tak ada apa-apanya aku dihadapanMu

Aku ingin mencintaiMu
Setulusnya sebenar-benar aku cinta
Dalam doa dalam ucapan dalam setiap langkahku
Aku ingin mendekatiMu selamanya sehina apapun diriku
Kuberharap untuk bertemu denganMu
 Ya Rabbi

Tuluskah kita mencintai Allah?


salam cinta dari rasya humaira

seindah tinta bidadari syurga

Jumaat, 26 Julai 2013

Solat Itu Tiang Agama

Assalamualaikum pembaca setia blog http://notausrahrasyahumaira.blogspot.com/ , semoga sentiasa dalam lindungan Allah SWT, insyaallah. Baiklah sepertinya yang saya janjikan, kali ini saya nota usrah untuk kalian tentang solat. Sepertinya kita semua tahu solat itu tiang agama dan yang pertama dihitung di negeri abadi (akhirat) ialah solat. Kita semua tahu solat itu penting namun tidak semua kita memahami solat itu bagaimana, lihatlah dunia sekarang, penuh maksiat di mana-mana, nak salahkan siapa? Bukankan solat itu mencegah dari perbuatan mungkar? Kenapa masih ada yang melakukan maksiat? Itulah persoalan yang sering menjengah minda saya. Sedih saya tengok generasi sekarang, muda-mudi sekarang yang cintakan dunia, nikmati dunia senak-enaknya bagaikan tiada kehidupan di negeri abadi(akhirat) kelak.

Dalam surah (Al Baqarah  ayat (2:3) Allah telah berfirman "iaitu mereka yang beriman kepada ghaib, melaksanakan solat dan menginfakkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka"
Dalam ayat ini Allah telah perintahkan kita agar melaksankan solat, namun berapa ramai yang sedar akan perintah ini, kadang-kadang solat kerana terpaksa atau disuruh oleh ibu bapa.

Hukum solat ialah wajib ke atas mukallaf, dalam al-Quran banyak sekali dalil tentang kewajipan solat, tidak kurang juga terdapat banyak hadis mengenai hukum solat."Dirikan sembahyang, sesungguhnya sembahyang itu boleh mencegah daripada perbuatan jahat dan keji" (Al-Ankabut: 45)
Peliharalah semua sembahyang dan sembahyang wusta( sembahyang yang paling baik) dan berdirilah kamu untuk Allah dalam keadaan khusyuk" ( Al-Baqarah:238) Itu antara dalil yang Allah perintahkan tentang solat.

Dalam kehidupan kita ini, apa yang membuat kita tenang ialah dengan solat, solat itu sumber ketenangan hakiki. Selain dapat menjegah dari dari melakukan perbuatan mungkar, solat juga dapat mempengaruhi tingkah laku kita, percakapan kita sehari-hari dan juga akhlak kita dengan orang disekeliling. Orang yang solat sudah tentu tidak mengeluarkan perkataan-perkataan yang tidak baik, orang yang solat sudah tentu tidak menyakiti hati orang sekeliling sama ada ibu bapa, sahabat dan sebagainya.

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh (Bhukari dan Muslim) " Islam itu didirikan atas lima dasar iaitu mengaku bahawa tiada Tuhan selain Allah dan sesungguhnya Muhammad itu pesuruh Allah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, puasa di dalam bulan ramadhan dan mengerjakan haji. Lihatlah betapa pentingnya solat dalam kehidupan kita, selain mendapat ketenangan hakiki, dengan solatlah kita mengabdikan seluruh jiwa raga kita kepada Allah SWT.



Selagi hayat kita dikandung badan, marilah sama-sama kita mendirikan solat dengan penuh rasa kehambaan dan khusyuk. Semoga solat kita itu akan diterima di sisi Allah SWT

salam cinta dari rasya humaira

seindah  tinta bidadari syurga




Ahlan Wasahlan (Tak Kenal Maka Tak Cinta, Dah Kenal Baru Jatuh Cinta)

Assalamualaikum pembaca blog yg saya kasihi, alhamdulillah bersyukur kerana masih berkesempatan meminjam nyawa yang diberikan oleh Pencipta kita Allah SWT. Saya bersyukur kerana ini blog yang kedua yang  saya create  untuk tugasan assingment yang diberi oleh pensyarah saya iaitu En Shahrul Niza. Baiklah untuk entry pertama ni saya letak tajuk ahlan wasahlan yang bermaksud selamat datang, so saya nak ucapkan selamat datang kepada mereka-mereka yang melawat blog saya yang biasa-biasa ni terutama pensyarah saya, harap dia bagi saya markah lebih hehehe =). Sebelum jari ni menari lebih panjang saya perkenalkan diri saya dulu, nama diberi oleh bonda dan ayahanda ialah Rasyada Bt Abd Wahab yang bermaksud petunjuk atau kecerdikan, alhamdulillah nama yang bonda dan ayahanda pilih sangat cantik. Saya merupakan anak bongsu dari enam adik beradik, umur saya 21 tahun merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Psikologi semester 2 Kolej Universiti Islam Melaka(KUIM). Saya seorang yang peramah dan sedikit manja tapi kata  future Incik Zauji saya, saya ni manja banyak hmmm yeke? Apa-apa jelah, yang penting saya jadi diri saya sendiri. Cita-cita saya nak jadi pensyarah insyaallah, dan hobi sya pula suka memasak walaupun saya tak pandai masak tapi saya kene masak, sebab kata bonda saya, nak pikat hati suami ni kene jaga perut dia saya ingat jaga perut tu tak kasi boroi ke apa tapi lain pastikn masakan yang kita masak tu sedap supaya dia tak makan kat luar hehehe. Ok tu kira petualah jadi bakal-bakal zaujah semua bolehlah ambik tips ni =).  Hah status saya..hmmmm fikir panjang nih tapi biarlah rahsia nanti kalau jadi saya jemput semua datang majlis saya makan nasi minyak =). Rahsiakan pertunangan hebahkan perkahwinan. Baik itulah sedikit sebanyak tentang diri saya.

Dalam kehidupan ini kita kene tahu apa matlamat kita? Kenapa Allah ciptakan kita? Apa tujuan kita ada di atas muka bumi ini? Soalan-soalan macam ni selalu memotivasikan saya dan mengingatkan bahawa kehidupan dunia adalah tempat bercucuk tanam, tanam segala kebaikan sebanyak mungkin untuk dituai di negeri abadi, yang pasti tidak selamanya kita menghuni dunia ini, yang jelas kita akan selamanya di alam sana. Jadi kita hendaklah merasa bangga menjadi hamba Allah yang sentiasa taat dan patuh akan perintahNya. Ini sedikit nota usrah dari saya, semoga ia bermanfaat untuk kalian semua kerana yang baik itu datangnya dari Allah SWT dan yang lemah dan tidak berdaya itu dari saya sendiri.

Rasanya setakat ini sajalah entri untuk kalian semua, insyaallah entri-entri nota usrah rasya humaira akan sentiasa saya update dari semasa ke semasa. Namun kalian-kalian juga boleh add saya kat facebook https://www.facebook.com/amrina.rasyada.520 atau email rasyahumaira@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan atau perkongsian

                                                                            salam cinta dari saya rasya humaira
seindah tinta bidadari syurga